SHARE
Winter 2016 anime

Musim sejuk ni nak buat apa? Menempuhi tahun baru dengan kesejukan salji memang seronok. Tapi yang lebih seronok adalah adanya sejumlah anime yang bakal dilancarkan sepanjang musim sejuk ini untuk menghangatkan dunia animasi Jepun anda. Banyak anime baru akan keluar tak lama lagi, banyak juga anime yang kembali untuk musim yang baru.

Anime baru memang menjanjikan seribu satu potensi, tetapi anime yang kembali dengan musim baru pun tak boleh dilupakan. Maka, anime yang mana akan kembali? Telusuri senarai anime yang dijadualkan kembali. Senarai ini akan dikemas kini daripada masa ke masa tau!

1. Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku wo!

KonoSuba season 2

Cuba bayangan roh anda terpisah daripada jasad dan dibawa ke dunia lain. Itulah premis yang digarap pada Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku wo! atau KonoSuba: God’s Blessing on this Wonderful yang diadaptasi daripada siri novel Jepun hasil tulisan Natsume Akatsuki.

Anime ini berkisarkan pengembaraan Kazuma Sato, seorang hikikomori, yang dihantar ke dunia fantasi selepas dia mati dilanggar kereta. Di dunia baru itu, dia menubuhkan satu kumpulan yang dianggotai pari-pari, ahli sihir, dan pahlawan untuk melawant raksasa.

Musim kedua anime ini akan ditayangkan pada 12 Januari 2017 untuk menyambung jalan cerita musim pertama yang ditayangkan pada 14 Januari 2016.

LINK LAMAN WEB RASMI

You will also like:  Hatsune Miku Malaysia Tickets sold out within an hour of opening